Sunday, April 29, 2012

Miss Blur


Miss Blur
EBRIZA AMINNUDIN
RM 15.00
ISBN: 978-967-0342-18-4
~272 hlm
Year: 31 January 2012
Publisher : BUKU PRIMA

SiNoPsIs:
Apakah rahsia sebenar Norhaza? Dan mengapa dia beria-ia sangat mahu menyorokkan identitinya? Apa kaitannya pula dengan Delena, pelajar yang baru sahaja bertukar ke Sekolah Sinar Mutiara? Sejauh mana Norhaza mampu mempertahankan rahsianya? Hmm... Mungkinkah dia akan kantoi?

‘Alamak! Macam mana miss universe ni boleh satu kelas dengan aku? Elok-elok aku lari daripada dia, tapi dia datang ke sini pula. Aduh, bosan sungguh! Habislah rahsia aku nanti.’ – Norhaza
‘Walau macam mana sekali pun kau cuba sembunyikan identiti kau, kau tetap tak akan berjaya.’ – Delena.

“Awak rasa, kenapa sikap Haza pelik sangat sejak Delly datang? Apalah agaknya yang cuba disembunyikan daripada kita, ya?” – Ezura

Aku tak mahu bersubahat, tapi aku terpaksa. Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini…



PrOmO ScEne:
 “Hoi! Apa nama awak?”

‘Mat singa’, pelajar lelaki yang bertengkar dengannya pagi tadi kembali bersuara lantang. Norhaza memandangnya dengan wajah yang pucat. Air liur yang menuruni rengkungnya dirasakan seperti berpasir. Sekali pandang lelaki itu tidak ubah seperti seorang bouncer. Serentak dengan itu, hampir semua mata mula menghalakan ke arahnya.

“Awak bisu ke? Saya tanya apa nama awak?” Sekali lagi mat singa melontarkan suara emasnya.

“Mat singa.” Laju saja Norhaza menjawab.

“Apa?” Pelajar lelaki itu terus menjegilkan matanya memandang Norhaza.

“Eh, bukan! Minah gedik.” Lagi sekali Norhaza melatah.

“Hah?” Suara mat singa kedengaran semakin melengking. Menggeletar kepala lutut Norhaza apabila memandang wajahnya yang cenge.

“Bukan, bukan... Saya gadis sejati.” Norhaza terus tersasul.

“Ada saya kisah? Saya tanya nama awak, bukan awak ini gadis sejati atau tak!” herdik lelaki itu lagi.

No comments: