Monday, April 18, 2011

Vila Amira Syakila


SiNoPsIs:


Farra Amalina seorang gadis yang suka menulis cerita tentang dunia mistik. Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa ada sebuah vila di daerahnya mempunyai unsur-unsur misteri. Dia berminat menjadikan vila itu sebagai bahan novelnya. Setelah tiga hari menetap di vila itu, Farra Amalina diganggu. Dengan sendirinya cerita yang tidak ada dalam bab yang dikarang, tiba-tiba sahaja tercatat di situ. Makhluk itu membuat huru-hara dan Farra Amalina kini berada di alam lain di mana dia terpaksa menyelesaikan masalah Amira Syakila dan mencari mangsa pembunuhannya.


“Emmelyn nak pergi ke vila yang berpuaka tu? Tak boleh! Macam-macam kisah yang ibu dengar tentang vila tu.” – Siti Hairani


“Saya Pak Airy, tukang kebun di vila ini dan juga penjaganya. Silalah masuk dan cuba menyelesakan diri. Semoga Berjaya menetap di sini dan tahniah kerana berani mencuba untuk menetap di sini.” – Pak Airy


“Apa dah jadi dengan aku ni? Tak mungkin mimpi aku benar-benar wujud di alam yang nyata. Tidak … tak mungkin! Semua ni tak masuk akal. Aku takkan tidur malam ni agar aku tidak akan bermimpi lagi. Ya Allah … kenapa tiba-tiba sahaja aku semakin takut dengan kehadiran malam. Aku juga takut untuk menghantar diri kea lam khayalan. Aku akan berjaga selagi mata ini termampu. Ya… itu yang akan aku lakukan.” – Farra Amalina



PrOmO:

“Kau telah duduk di vila ini sekian lama dan kau harus membayar sewanya kerana tidak ada yang percuma di sini.” Mata makhluk hodoh Amira Syakila mula merah menyala dan seperti hendak terjojol keluar sebaik sahaja selepas kata-kata itu berakhir. Farra Amalina terdampar di dalam dasar lautan kehairanan.


“Sewa? Sewa apa yang harus aku bayar kerana kau tak mungkin akan menerima wang aku dan aku yakin kau tak memerlukan wang itu.” Farra Amalina memberanikan dirinya menjawab setiap patah perkataan yang terlahir daripada mulut makhluk hodoh Amira Syakila. Makhluk hodoh Amira Syakila ketawa ngeri lagi.


“Bukan wang yang harus kau bayar tapi sewanya adalah dengan mengorbankan titisan-titisan darah yang akan menjadi mangsa ku. Hahaha ....” Ugutan hantu Amira Syakila amat menakutkan dan Farra Amalina tidak mahu membuat perjanjian yang tidak berasas langsung itu.


“Kau dah gila! Aku tak akan membayar apa-apa sewa pun. Kau faham tak?” Farra Amalina berdegil tidak mahu menuruti kemahuan makhluk hodoh Amira Syakila membuatkan makhluk hodoh itu sekali lagi mengamuk sakan.


“Kau dah menetap di sini dan kau harus membayarnya sama ada secara sukarela ataupun dipaksa.” Makhluk hodoh Amira Syakila membedal tubuh Farra Amalina dengan bertubi-tubi sehingga membuat Farra Amalina tidak berdaya lagi dan lemah.

Farra Amalina cuba mengelak diri daripada dibedal tetapi tidak mampu. Akhirnya mata Farra Amalina tertancap pada sebuah tingkap yang tidak tertutup, lalu dengan kudrat yang masih tinggal Farra Amalina memaksa kakinya berlari keluar melalui tingkap itu. Farra Amalina sempat melepaskan diri tanpa sempat makhluk hodoh Amira Syakila menahannya lagi.

6 comments:

hazwani said...

nk beli kat popular bukit jambul..katanya da abes order 5 jew.,,hope minggu depan da ade la,,

EBRIZA AMINNUDIN said...

Dear Hazwani,

Novel ni dah lama sangat. sbb tu dorang tak berani nak order banyak. dah dapat ke? atau nanti beli je di pwtc, pesta buku sedang berlangsung sekarang

NuR CokElaT JeLLy said...

salam... mne lg blh dpat novel nie..?? sy duk bangsar.. duk hostel... mne tmpat yg snang dapat n pg.. bape ringgir buku ni..??

EBRIZA AMINNUDIN said...

Nur Cokelat Jelly,

salam kembali. Nur boleh dapatkan novel ni di karangkraf. Order online pun boleh. cuba lawat laman web buku prima.

Cik Syida said...

nak tanya.. saya baru je habis baca novel ni semalam.. erm.. Emelynn tu ke alam mana sebenarnya?? tak puas hati... nak tahu apa jadi kat emellyn.. dia dah mati atau hidup lagi? pemergian emalyn tak tercapai dek akal saya..

huhuhuhuhuhu

EBRIZA AMINNUDIN said...

Cik Syida - Emmelyn tu sebenarnya dah ikut mak dia ke alam lain dan hidup bersama mak dia. Ramai yang tanya persoalan yang sama dengan Cik Syida .. nanti saya buatkan satu cerpen untuk menjawab segala pertanyaan pada peminat novel Vila Amira Syakila.